Friday, November 19, 2010

Semakan UiTM sesi Disember 2010 telah dibuka..

 

  semakan kemasukan uitm sesi disember telah dibuka mulai 15nov lepas..
untuk semakan : klik

 Semoga berjaya pada kawan2 yang hantar permohonan sesi Disember ini...

Sunday, November 7, 2010

Toy Story Trilogy (1995/1999/2010)

Toy Story (1995) Brrip 450MB


     

Nama filem : Toy Story (1995) Brrip 450MB
Saiz : 450MB
Download : mediafire : link1 link 2 link 3
Password : mediafiremoviez.com


Toy Story 2 (1999) BRRip 500mb




Nama filem  : Toy Story 2 (1999) BRRip 500mb
Saiz : 500MB
Download : mediafire link 1 link 2   link 3
Password : mediafiremoviez.com



Toy Story 3 (2010) BRRip 525mb


    


Nama filem : Toy Story 3 (2010) BRRip 525mb
Saiz : 525MB
Download : mediafire link 1 link 2 link 3
Password : mediafiremoviez.com

Wednesday, November 3, 2010

Mulai 15 December nombor simkad prabayar bermula dengan 011XXXXXXXX







Bermula 15 december 2010 ni..SKMM dh rombak semua nombor2 simkad prabayar utk dijdkn kepada 11digit..ini disebabkan permintaan simkad prabayar yang melonjak tinggi hingga pengeluaran dh melebihi had..dengan tambah lagi satu digit..stiap rangkaian dapat tingkatkan lagi 900juta nombor simkad yang baru..good work!! nombor2 kita nanti akan jadi macam nombor indonesia yang panjang2..susah pulak nak ingat..sesape yang dah ada nombor sekarang xpayah tukar ke nombor yang baru tu..kekal jela pakai kecuali nak rasa nombor 11digit yang dinanti2kan ni...tetapi yang pelik..semua rangkaian wajib meletakkan 011 disetiap awlan nombor..hahah..pening la kedai2 topup nanti..harap dengan pelancaran ni dapat la tingkatkan sales setiap rangkain kat malaysia nih...

Download Press Release : Pdf file                                                          

Tuesday, November 2, 2010

Channel baru TV Alhijrah dh dilancarkan..

    

BERSANDAR kepada penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W dari Kota Mekah ke Kota Madinah yang memberi sinar kemenangan kepada Islam, TV Alhijrah kini muncul sebagai signifikan kepada penghijrahan penonton Malaysia daripada rancangan hiburan semata-mata kepada rancangan yang berbentuk Islamik tetapi masih lagi bersifat kontemporari dan disampaikan secara interaktif.
Dengan identiti gaya hidup Islam, waktu perdana di TV Alhijrah akan memberi ruang yang luas kepada rancangan-rancangan yang berunsur keagamaan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, TV Alhijrah akan memberi tumpuan kepada kandungan yang memberi manfaat kepada penonton dan pada waktu yang sama menarik minat golongan sasaran.
“Walaupun masih baru, 60 peratus daripada kandungan TV Alhijrah merupakan terbitan tempatan manakala 40 peratus kandungan asing. TV Alhijrah pula menerbitkan 30 peratus daripada keseluruhan kandungan,” tambah Jamil pada sidang akhbar memperkenalkan TV Alhijrah di Muzium Kesenian Islam, Kuala Lumpur baru-baru ini. Turut hadir pada majlis tersebut ialah pegawai eksekutif TV Alhijrah, Bukhari Che Muda.
Menyasarkan penonton daripada golongan muda, remaja dan kanak-kanak yang mewakili 63 peratus penonton negara ini, kandungan siaran TV Alhijrah merangkumi pelbagai genre dalam penerbitan rancangan mereka seperti pengembaraan, drama, sejarah dan dokumentari.
Berpegang kepada prinsip dan nilai-nilai murni yang ingin ditonjolkan, rancangan menarik dan terbaik dari seluruh dunia yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam dipilih untuk memenuhi selera moden masyarakat Malaysia. Antaranya, Last Queen of The Earth dari Iran, Bila Cinta Bertasbih dari Indonesia, dua buah filem dari Jepun, The Memoirs of Tomorrow dan Half of Confession, Leaps and Bounds dari Turki dan Winky Horse dari Belanda.
Selain itu, TV Alhijrah juga menyiarkan drama-drama terbitan syarikat produksi tempatan. Drama bersiri terbitan KL Motion Sdn. Bhd., Alauddin yang berkisar di zaman Kesultanan Melayu Melaka dan usaha pemerintah ketika itu dalam menyebarkan Islam di rantau Melayu.
Drama ini akan mengangkat mutu drama bersiri di Malaysia dengan penggunaan Imej Janaan Komputer (CGI), efek khas dan kostum yang menarik. Drama adaptasi dari sejarah nabi-nabi, Tidak Dihalalkan Epal Itu terbitan Zeel Production Sdn. Bhd. turut menemui penonton di TV Alhijrah.
Drama bersiri animasi kanak-kanak, Pada Zaman Dahulu terbitan Les Copaque dan rancangan Hamparan Rezeki dengan penggunaan boneka yang unik bakal menarik penonton kanak-kanak untuk mendekati Islam di usia muda.
Rancangan berbentuk hiburan, Teman-Teman (d) Al Hijrah terbitan ManjaFilm Sdn. Bhd. pula akan diisi dengan nyanyian syair-syair, puisi-puisi dan lagu-lagu rakyat yang akan disampaikan secara kontemporari.
Nak ke Mana Kita?, sebuah travelog yang mengisahkan perjalanan di tempat-tempat menarik seluruh Malaysia. Produk terbitan Ezar Sdn. Bhd. itu akan memaparkan homestay yang terdapat di Malaysia.
Sementara, rancangan Bicara Hati terbitan Wayang Studios Intl. membicarakan keilmuan Islam dalam bentuk ceramah untuk renungan golongan muda-mudi.
Antara produk terbitan TV Alhijrah sendiri termasuklah Sinar Baru yang membicarakan dakwah kemanusiaan, rancangan gaya hidup, Menu Alam dan rancangan majalah wanita, Mata Al-Zahra.
TV Alhijrah juga akan menyiarkan berita dalam dan luar negara dengan mengetengahkan muka-muka baru.
TV Alhijrah boleh ditonton secara percuma bermula dengan siaran percubaan bermula semalam, 1 November dengan waktu siaran bermula dari pukul 3 petang hingga 12 tengah malam. Siaran hujung minggu iaitu Jumaat, Sabtu dan Ahad pula dari pukul 12 tengah hari hingga 12 tengah malam.
Siaran TV Alhijrah setakat ini hanya boleh diikuti dengan penggunaan antena bagi mencari frekuensi siarannya di lima negeri sahaja iaitu Lembah Klang, Terengganu, Johor, Sabah dan Sarawak.
TV Alhijrah dijangka memulakan siaran penuh menerusi saluran yang akan ditentukan di Astro mulai 1 Disember 2010.

   

                                                                               tvalhijrah