Selesema babi adalah penyakit berbahaya kerana dibawa virus dan mudah berjangkit kepada orang ramai. Tanda-tandanya ialah demam, kurang selera, batuk, keletihan, sakit kerongkong, hidung berair, rasa loya, muntah-muntah dan cirit birit. Virus selesema babi (dirujuk sebagai virus Influenza babi atau SIV) merujuk kepada kes-kes selesema yang disebabkan oleh Orthomyxoviruses endemik untuk populasi babi.
Selesema babi merebak setiap tahun kepada orang ramai yang makan, bekerja dan menternak babi. Selesema virus A mempunyai beberapa subjenis seperti H1N1, H1N2, H3N1 dan H3N2 dan menyebabkan jangkitan SIV.
Dalam tubuh babi terdapat tiga virus selesema A iaitu subjenis (H1N1, H3N2, dan H1N2) tersebar ke seluruh dunia. Di Amerika Syarikat, subjenis H1N1 merebak sejak 1998. Virus H3N2 mengandungi gen-gen daripada manusia (HA, NA, and PB1), swine (NS, NP, dan M), serta burung (PB2 Dan PA) .
Sejarah
Pada 5 Februari 1976, tentera di Fort Dix, Amerika Syarikat menyatakan dirinya letih dan lemah dan mati keesokannya.Doktor mengesahkan kematian berpunca daripada virus babi sebagaimana tahun 1918 akibat pandemik selesema. Presiden Gerald Ford diminta mengarahkan rakyat disuntik dengan vaksin. Namun rancangan suntikan itu dibatalkan.
Pada Ogos 20, 2007 wabak selesema babi menyerang Nueva Ecija dan tengah pulau Luzon, Filipina. Pada 1968 ,virus "Hong Kong” membunuh lebih sejuta orang di seluruh dunia .Laporan WHO 2009
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan 62 nyawa mati akibat virus H1N1 ini, yang menggabungkan virus babi, burung dan manusia. Ia menyamai dengan selesema biasa dengan demam, batuk, hidung berair dan lenguh anggota badan. Setakat ini tidak ada vaksin yang sesuai. Ketua Pengarah WHO, Margaret Chan, menyatakan penularan virus di Amerika Utara amat serius dan berpotensi bertukar wabak sejagat. Sekurang-kurangnya 81 mati akibat pneumonia teruk yang disebabkan penyakit seperti selesema. Sebilangan yang mati itu memiliki versi unik virus selesema A/H1N1, iaitu gabungan virus burung, babi dan manusia. 11 kes di California, Kansas dan Texas manakala 8 pelajar sekolah di New York City dijangkiti virus selesema, dipercayai jenis sama.
No comments:
Post a Comment