Friday, June 5, 2009
tip untuk menjdi pelajar cemerlang
-Tuhan mencipta kita dengan penuh kesempurnaan. Bertindaklah dengan cemerlang.
-Pelajar yang tidak berdisiplin semasa belajar besar kemungkinan tidak berdisplin sepanjang hayat.
-Semua orang ingin berjaya tetapi cuma segelintir yang berjaya kerana mereka berjaya mengawal nafu dan emosi.
-Kita mudah lupa apa yang kita dengar. Kita sekadar tahu apa yang kita lihat. Kita akan faham apa yang kita amalkan
atau praktikkan.
-Apabila kita belajar dengan niat untuk berkongsi ilmu ataupun mengajar orang lain, kita akan dapat kefahaman dan daya
ingatan yang luar biasa.
-Setiap hari carilah alasan untuk berubah secara positif.
-Di dalam dunia ini, cuma kita berupaya mengubah diri kita.
-Apabila kita berubah, semua orang di sekeliling kita akan berubah seiringan dengan perubahan kita.
-Setiap masalah berpunca daripada diri kita sendiri. Kita yang perlu menyelesaikannya.
-Segala kehebatan sudah ada dalam diri kita. Sekadar menanti untuk diserlahkan.
-Orang biasa yang melakukan tindakan luar biasa menghasilkan prestasi luar biasa.
-Jadikan setiap hari adalah hari terbaik dan sepanjang kehidupan anda akan cemerlang.
-Kejayaan = Hidayah + Ilmu + Amal + Ikhlas + Istiqamah + Berterusan berubah secara positif.
-Kejayaan andalah melakukan rutin yang positif secara berterusan. Tip 15
-Kegagalan adalah melakukan satu ataupun dua kesalahan berulang kali. Tip 16
-Orang yang penyayang akan dikelilingi oleh ramai orang yang sayang kepadanya. Tip 17
-Orang yang pembenci akan dikelilingi oleh ramai orang yang benci kepadanya. Tip 18
-Pelajar yang serasi rohnya dengan roh gurunya akan mendapat keberkatan ilmu. Tip 19
-Sayangi dan doakan semua guru untuk serasikan roh dengan guru dan mendapat keberkatan ilmu. Tip 20
-Sayangi, bantu dan doakan semua kawan-kawan anda bagi mendapat keberkatan dalam pembelajaran. Tip 21
-Maafkan semua orang sebelum tidur setiap malam bagi mencuci hati dan mencerdaskan minda. Tip 22
-Orang yang hatinya bersih makbul doanya, cerdas otaknya, sihat badannya, cun wajahnya dan ramai kawannya. Tip 23
-Mulai hari ini perbaiki setiap tindakan dan amalan kta untuk menjadi pelajar terbilang. Tip 24
-Jadikan diri anda sebagai ‘besi berani’ yang sentiasa menarik perkara positif kepada diri anda. Tip 25
-Sedarilah hakikat bahawa setiap perubahan yang anda lakukan akan mengubah dunia di sekitar anda. Tip 26
-Anda tidak boleh berubah selagi anda tidak menerima hakikat yang anda perlu berubah. Tip 27
-Langkah pertama untuk berubah ke arah yang lebih cemerlang adalah dengan menerima hakikat yang anda sebenarnya
bermasalah. Tip 28
-Orang cemerlang menunjukkan hasil. Orang gagal memberi alasan. Tip 29
-Kenali diri anda yang sebenar sebelum anda dapat menyerlahkan kecemerlangan diri anda. Tip 30
-Tuhan bertindak seperti mana yang difikirkan oleh hambanya. Tip 31 Perbaiki hubungan kita dengan Tuhan dan Tuhan
akan memperbaiki hubungan kita sesama manusia. Tip 32
-Tuhan mencipta kita bagi melengkapkan dunia ini. Justeru, jadilah insan yang memberi manfaat kepada makhluk di atas
muka bumi. Tip 33
-Semua orang sama ada baik ataupun tidak, adalah aset kepada kita dan membawa kebaikan secara langsung ataupun
secara tidak langsung. Tip 34
-Pelajar terbilang sentiasa taat perintah Tuhan. Dirikan sembahyang lima waktu dengan istiqamah. Tip 35
-Pelajar yang ingkar perintah Tuhan tidak mungkin menjadi pelajar yang cemerlang. Tip 36
-Pelajar yang cemerlang bersedia membantu kawan dan bersedia dibantu. Tip 37
-Pelajar yang cemerlang dapat mengawal emosi dan sentiasa ceria dan bersemangat. Tip 38
-Pelajar yang cemerlang mempunyai matlamat yang jelas, hebat dan dapat membakar semangatnya. Tip 39
-Pelajar yang cemerlang mahir dengan strategi dan terknik pembelajaran yang berkesan dan sentiasa tekun belajar. Tip
40
-Pelajar yang cemerlang mempunyai imej diri positif dan yakin diri. Tip 41
-Pelajar yang cemerlang tekun menjalani riadah bagi menjaga kesihatan fizikal dan mental. Tip 42
-Pemakanan yang seimbang penting bagi menjana pemikiran yang cerdas dan memori yang tajam. Tip 43
-Pelajar dapat mengingat sehingga 90 peratus bahan yang dipelajari apabila diaplikasikan dengan menjawab soalan
yang berkaitan dengan bahan yang dibaca. Tip 44
-Cari tempat tenang untuk belajar. Elakkan mendengar muzik semasa belajar. Tip 45
-Belajar sambil mendengar muzik mengurangkan tumpuan dan menghakis keberkatan ilmu. Tip 46
No comments:
Post a Comment